Tuesday, October 13, 2009

ALANGKAH SEDIHNYA

alhamdulillah syukur diri ini masih lagi mendampingi alquran, mampu lagi membaca dan melihat tafsirnya. tapi bukan itu yang aku ingin kongsikan ada satu cerita yang menyedihkan lagi. memang masa kecilku pun sama jer kalau nak dibandingkan dengan budak zaman sekarang nak baca alquran tu memang malas, kalau disuruh baru la nak baca..Allahuakhbar. 2 3 hari lepas aku diminta untuk mengajar qiraati kat AR anakbuah aku dalam lingkungan 10-14thn bacaan diaorang bagus la kalau nak di bandingkan dengan bacaan aku kalau umur cam diaorang. alhamdulillah la, ada lagi ibubapa yang perihatin dengan keperluan yang dirlukan untuk anak mereka(alquran).

nak di jadikan cerita selepas sahaja semua anakbuah aku mengaji entah kenapa terpikir rasa nak menayankan sesuatu kat diaorang, lalu aku ajukan soalan yang cukup mudah tetapi susah untuk dijawab oleh mereka, ibarat batu jongkong berada di dalam mulut diaorang. SOALANNYA berbunyi" sape yang tak tinggal solat" simple jer kan. senyap jer kelas ari tu, aku pn tanya 1/1 ternyatalah diam itu adalah jawapan bukan malu tapi kaku..sedih..sedih..sedih...sedih, tapi aku pn sama jer dulu. yang lagi sedih ada sorang anakbuah yang umur 14thn(fom2), aku tanya "biasanya waktu mana yang menjadi favrouit untuk tinggal solat" dengan selambe ikan gelame dia jwb nak tau jwpnya "biasanya sy solat 1 wktu jer iaitu solat jumaat itu pn kalu abg sy bwk"..Allahuakhbar!!!

so untuk muhasabah kita, beruntunglah mereka yang mendampingi alquran dan mengamalkannya, mungkin kalian mempunyai adik2 or anak2 or bini2 so jadikanlah diri kalian pencetus generasi alquran yang bukan hanya membaca tetapi menghayati dan menjadikan alquran itu panduan hidup kita....amin

Friday, August 21, 2009

SUSAHNYA HENDAK MENJADI PEMBERI

Pemberian merupakan suatu perkara yang amat di gemari oleh sesiapa yang mendapatnya, tak kira lah samaada benda yang diberi bermacam-macam.. dapat seluar free, baju free, makan free, air free tapi aku tak sangup kalau ade yang nak bagi penyepak free..huhu.
secara keseluruhannya kalau benda tu free bantai jer, murah-mahal dah tak kesah,buruk-baru takde masaalah,kenyang-lapar bedal jer...hidup ni kalau semuanya free best kan rumah,kereta,moto, kahwin pun free...memangg berbaloi...=>

itulah hakikat kalau kita berada pada tempat seorang penerima, tapi benarkah perasaan yang sama ada pada seorang pemberi??? susah!! susah!! bagi aku pemberian merupakan suatu yang amat berat, ibarat memikul gajah mengandung. tapi yang aku pelik, betul ke ade yang cakap memberi lebih menyeronokkan dari menerima?? oleh itu renung kembali sirah bagaimana siadina Abu Bakar menyerahkan semua harta kepada Rasulullah S.A.W untuk infak fisabilillah..Allahuakhbar!!!! mungkin jauh nak direnungkan berbanding dengan aku, tapi teringat pada ayahku sewaktu aku kecil;-

aku ; ayoh nati kelik nok aisteyem
ayah ; kedai tutop anok juruh,
aku ; waaa...waaaa...waaaa...(rington berbunyi)
ayah pun segera start moto mencari aiskrim yang di tangisi aku
aku ; yeh..yeh..yeh abah kelik bawok aisteyim

terpampang wajah berseri ayah melihat anak suko selok(teramat gembira).
mungkin anda lebih berhak menentukan siapa yang lebih seronok ayah ataupun anak..

Wednesday, August 19, 2009

INDAH KATA DARI AMALAN

Assalamualaikum...

Alhamddulillah syukur pada ilahi di atas segala nikmat yang di berikan keatas hamba MU ini yang sentiasa bergelumang dengan dosa, sama ada sedar atau tidak dalam kehidupan ini.Untuk pertama-tamanya syukur di atas peluang yang Allah kurniakan untuk kehadiran blog ini, tidak terlintas pun untuk menulis, tetapi melihat kepada kecangihan dunia akhir zaman, telah mengatalkan tangan ini untuk turut serta menekan keyboard yang ada, dengan bantuan akhi farid..tq brother.


Indah Kata Dari Amalan

percakapan merupakan kemestian dalam setiap bicara, sama ada untuk berteguran,sembang,pengumpatan,macam-macam hal.. Allahuakhbar!! besar sungguh nikmat Allah. tetapi betulkah kita menyedari ianya nikmat dari Allah?? hari ini ramai yang mengaku dirinya islam tetapi perangai tak ubah macam mat salleh, bukan mat salleh di bunut susu tetapi orang putes(barat). Ramai yang mengaku dirinya islam tetapi aurat tidak di endahkan, ramai yang mengaku islam tetapi solat di permain-mainkan, mengaku dirinya islam tetapi menolak hukum tuhan, mengaku dirinya islam tetapi syariat di perlekehkan.

ungkapan dengan perbuatan merupakan sesuatu yang jauh bezanya sama ada maksudnya ataupun ejaannya. ungkapan biasanya terlalu mudah untuk dilontarkan, ibarat semudah janji BN kepada rakyat. tetapi perbuatan adalah cukup-cukup mudah bagi seseorang..pelik?? tapi benar, ianya mudah bagi mereka yang memahami kehendak islam, tengoklah sejarah pemerintahan sultan muhammad Al-fateh yang memerintah kerajaan usmaniah yang merupakan zaman kegemilangan islam pada zamannya. kalau di bandingkan dengan umurnya yang masih muda masakan dapat mentadbir kerajaan yang besar kalau nak dibandingkan dengan kerajaan BN. punca kejayaannya hanyalah satu akhirat mendahului dunia. Bukannya maksiat mendahului pencapaian..

Hebat berkata-kata tidak semestinya hebat amalannya, amalan yang hebat adalah amalan yang tidak berkata-kata, sudah ramai yang saya temui sahabat yang hanya pandai berkata-kata tetapi amalannya jauh dari apa yang di perkatakannya, saya mengakui kekadang kita tertewas dengan ungkapan diri sendiri, tetapi berbaloikah apa yang kita ucapi hanya untuk didengari semata-mata bukan untuk di aplikasi pada diri sendiri.....