Tuesday, October 13, 2009

ALANGKAH SEDIHNYA

alhamdulillah syukur diri ini masih lagi mendampingi alquran, mampu lagi membaca dan melihat tafsirnya. tapi bukan itu yang aku ingin kongsikan ada satu cerita yang menyedihkan lagi. memang masa kecilku pun sama jer kalau nak dibandingkan dengan budak zaman sekarang nak baca alquran tu memang malas, kalau disuruh baru la nak baca..Allahuakhbar. 2 3 hari lepas aku diminta untuk mengajar qiraati kat AR anakbuah aku dalam lingkungan 10-14thn bacaan diaorang bagus la kalau nak di bandingkan dengan bacaan aku kalau umur cam diaorang. alhamdulillah la, ada lagi ibubapa yang perihatin dengan keperluan yang dirlukan untuk anak mereka(alquran).

nak di jadikan cerita selepas sahaja semua anakbuah aku mengaji entah kenapa terpikir rasa nak menayankan sesuatu kat diaorang, lalu aku ajukan soalan yang cukup mudah tetapi susah untuk dijawab oleh mereka, ibarat batu jongkong berada di dalam mulut diaorang. SOALANNYA berbunyi" sape yang tak tinggal solat" simple jer kan. senyap jer kelas ari tu, aku pn tanya 1/1 ternyatalah diam itu adalah jawapan bukan malu tapi kaku..sedih..sedih..sedih...sedih, tapi aku pn sama jer dulu. yang lagi sedih ada sorang anakbuah yang umur 14thn(fom2), aku tanya "biasanya waktu mana yang menjadi favrouit untuk tinggal solat" dengan selambe ikan gelame dia jwb nak tau jwpnya "biasanya sy solat 1 wktu jer iaitu solat jumaat itu pn kalu abg sy bwk"..Allahuakhbar!!!

so untuk muhasabah kita, beruntunglah mereka yang mendampingi alquran dan mengamalkannya, mungkin kalian mempunyai adik2 or anak2 or bini2 so jadikanlah diri kalian pencetus generasi alquran yang bukan hanya membaca tetapi menghayati dan menjadikan alquran itu panduan hidup kita....amin